Belia Aktif Berpersatuan

P

englibatan belia Taman Ilham dalam kegiatan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di sini amat menggalakkan tidak kira dalam bidang sukan, keagamaan atau apa jua aktiviti, ia tetap mendapat kerjasama belia-belia di sini.

“Selain itu, Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ilham juga menubuhkan Kumpulan Kompang Taman Ilham yang dikelola oleh Biro Belia dan Sukan"

 
   

Melalui aktiviti yang diadakan, belia di sini mendapat pendedahan dan pengalaman dalam memberi khidmat dan sumbangan kepada kawasan Taman Ilham, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Persatuan Belia Gemilang dan Persatuan Rakan Muda di sini. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh belia di sini mendapat kerjasama daripada Persatuan Penduduk Taman Ilham dalam memberi bantuan dan khidmat nasihat.

Belia di sini juga bergiat aktif dalam aktiviti yang melibatkan kemasyarakatan seperti menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran yang dilakukan ketika menjelang musim perayaan dan kenduri-kendera.

Selain itu, Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ilham juga menubuhkan Kumpulan Kompang Taman Ilham yang dikelola oleh Biro Belia dan Sukan taman mereka. Persatuan ini mengadakan latihan pada setiap malam Sabtu bermula jam 9.00 malam. Kumpulan ini sering kali mendapat jemputan daripada pelbagai pihak tidak kira dari penduduk setempat mahupun kampung sekitar.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK