Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu,
44000 Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan
   
 

Peristiwa Empangan Pecah

S

ejarah Kuala Kubu Bharu boleh dianggap antara yang menarik untuk dikaji. Pada dahulunya, Kuala Kubu Bharu dikenali sebagai Kuala Kubu dan terletak berhampiran dengan Sungai Selangor. Nama Kuala Kubu diambil sempena Sungai Kubu yang merupakan anak sungai kepada Sungai Selangor. Dahulunya terdapat sebuah kubu pertahanan yang digunakan oleh Raja Mahadi dan Syed Mashor ketika menentang Tengku Kudin pada sekitar tahun 1868 hingga ke tahun 1873. Kuala Kubu yang dahulunya terkenal dengan lombong bijih timah menjadi perhatian pedagang-pedagang asing yang datang dari serata tempat.

  " Dahulunya terdapat sebuah kubu pertahanan yang digunakan oleh Raja Mahadi dan Syed Mashor ketika menentang Tengku Kudin pada sekitar tahun 1868 hingga ke tahun 1873. "
   

Pada kurun ke-18 telah dibina sebuah empangan berhampiran dengan Pekan Kuala Kubu Bharu. Bagaimanapun, pada tahun 1883, empangan tersebut pecah dan menyebabkan banjir besar. Penduduk setempat mempercayai bahawa empangan tersebut pecah adalah disebabkan tindakan seorang pegawai British, Cecil Ranking yang bertindak menembak buaya putih yang kononnya merupakan penunggu di situ. Terdapat juga sumber tempatan mengatakan bahawa Cecil Ranking pernah berkunjung ke empangan tersebut dengan menaiki bot. Beliau mencampakkan tiga batang bahan letupan ke dalam empangan tersebut lalu menyebabkan empangan tersebut pecah. Banjir besar itu telah menenggelamkan dan memusnahkan pekan ini dan juga mengorbankan sebilangan penduduk di situ. Hampir 1,500 orang kehilangan harta benda dalam sekelip mata.Akibat peristiwa banjir besar tersebut, sebuah penempatan baru telah dibuka sebagai menggantikan Kuala Kubu. Penempatan yang baru ini dibina di kawasan yang lebih tinggi kemudiannya dikenali sebagai Kuala Kubu Bharu sempena Kuala Kubu yang telah musnah.

 
Penafian | Laman Web KTAK