Hidup Bersederhana
nggaran jumlah penduduk di Kuala Kubu Bharu ialah seramai 28,000 orang penduduk dengan 57 peratus merupakan penduduk berbangsa Melayu. Kaum kedua teramai ialah kaum Cina, sebanyak 23 peratus manakala kaum India pula sebanyak 19 peratus dan selebihnya kaum-kaum yang lain. Kebanyakan penduduk di sini menetap secara berpusat di taman-taman perumahan. Antara taman perumahan tersebut ialah Taman Gamelan, Taman Tanjak, Taman Ampang Indah, Taman Ampang Pecah dan juga Taman Seruling. Terdapat juga penduduk yang tinggal secara berselerak atau terpisah di tanah-tanah kepunyaan masing-masing.
Penduduk di Kuala Kubu Bharu mengamalkan hidup secara sederhana. Oleh sebab Kuala Kubu Bharu kini telah menjadi pusat pentadbiran bagi Daerah Hulu Selangor, maka kebanyakan penduduk di sini bekerja makan gaji di pejabat-pejabat kerajaan. Selain itu terdapat juga penduduk tempatan yang berkhidmat di sektor swasta dan menjalankan perniagaan sendiri.
| |
"Antara taman perumahan tersebut ialah Taman Gamelan, Taman Tanjak, Taman Ampang Indah, Taman Ampang Pecah dan juga Taman Seruling. " |
| |
|
|