Banyak Pembinaan Institusi Pendidikan
nstitusi-institusi pendidikan yang terdapat di sini adalah lengkap dari awal persekolahan iaitu tadika hingga ke sekolah menengah. Tadika yang terdapat di Kuala Kubu Bharu ialah Tadika Syed Mashor, Tadika Maktab Polis, Tadika Padang Golf, Tadika Padang Tembak, Tadika Taman Indah dan Tadika Taman Arif. Ibu bapa juga mempunyai pilihan jika hendak mendaftarkan anak mereka ke tadika swasta. Tadika swasta yang terdapat di Kuala Kubu Bharu ialah Tadika Wawasan, Happy Kindergarten dan Tadika Amra.
Sekolah rendah di Pekan Kuala Kubu Bharu merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah- sekolah jenis kebangsaan dan sekolah rendah agama. Antara sekolah-sekolah yang terdapat di situ ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu, Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (1), Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (2), Sekolah Ampang Pecah, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khing Ming, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kuala Kubu Bharu dan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu.
Terdapat lima buah sekolah menengah di sekitar Kuala Kubu Bharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Kamaruddin, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu, Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Maktab Rendah Sains Mara dan juga Sekolah Menengah Agama Tinggi Kuala Kubu Bharu.
| |
" Ibu bapa juga mempunyai pilihan jika hendak mendaftarkan anak mereka ke tadika swasta. Tadika swasta yang terdapat di Kuala Kubu Bharu ialah Tadika Wawasan, Happy Kindergarten dan Tadika Amra. " |
| |
|
Pusat pengajian tahfiz tertua di Malaysia, Darul Quran telah dibuka pada tahun 1966. Ia terletak di Ampang Pecah, yang jaraknya kira-kira 20 minit pemanduan dari Pekan Kuala Kubu Bharu. Institusi ini telah melahirkan ramai graduan yang mahu mempelajari ilmu Al-Quran dengan lebih mendalam.
Bagi memantapkan tahap akademik pelajar-pelajar Kuala Kubu Bharu, terdapat tiga buah pusat tuisyen bersedia untuk membimbing pelajar-pelajar dari segi akademik. Pusat tuisyen tersebut ialah Pusat Tuisyen Telaga Mas, Pusat Tuisyen Sri Maju dan Pusat Tuisyen Amra.
|