Empangan Daya Tarikan
erdapat banyak tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan pengunjung-pengunjung luar untuk datang ke Kuala Kubu Bharu. Kebanyakan mereka memuji tentang kecantikan dan keindahan tempat-tempat rekreasi. Salah satu tempat menarik untuk dilawati ialah Empangan Sungai Selangor Fasa 11 yang terletak kira tujuh kilometer dari Pekan Kuala Kubu Bharu. Selain menyalurkan bekalan elektrik kepada penduduk sekitar, empangan ini juga merupakan kawasan rekreasi dan juga penempatan orang asli di Pertak.
Selain itu, terdapat kolam air panas yang terletak di kawasan Maktab Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia. Jarak antara kolam air panas ini dengan Pekan Kuala Kubu Bharu ialah kira-kira tiga kilometer. Segelintir pengunjung dan penduduk di situ mempercayai bahawa air dari kolam air panas ini dapat menyembuhkan penyakit kulit seperti panau dan kurap.
| "Selain menyalurkan bekalan elektrik kepada penduduk sekitar, empangan ini juga merupakan kawasan rekreasi dan juga penempatan orang asli di Pertak " |
|
| |
|
Satu lagi tarikan pengunjung ialah Alur Lempah atau Ampang Pecah. Jaraknya dari Kuala Kubu Bharu ke lokasi ini kira-kira 20 minit pemanduan. Alur Lempah sesuai dijadikan sebagai tempat perkelahan seisi keluarga. Kawasan itu akan dipenuhi dengan pengunjung apabila tiba musim cuti persekolahan.
Bagi pengunjung yang ingin bermalam di Kuala Kubu Bharu, Majlis Daerah Kuala Kubu Bharu menyediakan kemudahan penginapan. Walaupun Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu telah diswastakan, namun rumah tersebut masih lagi beroperasi seperti biasa.
|