Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu,
44000 Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan
   
 

Berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa

P

ekan Kuala Kubu Bharu terletak di Daerah Hulu Selangor yang jaraknya kira-kira 50 kilometer dari Bandaraya Kuala Lumpur. Berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa atau dikenali juga sebagai Banjaran Besar, pekan ini dilihat sebagai salah sebuah pekan yang terpenting suatu masa dahulu kerana kedudukannya terletak di jalan utama ke Raub, Pahang sebelum wujudnya Lebuh Raya Karak. Sistem jalan raya yang teratur memudahkan perhubungan penduduk Kuala Kubu Bharu dengan kawasan-kawasan sekitar. Kemudahan pengangkutan awam seperti bas, komuter dan teksi juga membantu pergerakan penduduk dengan kadar tambang yang lebih murah dan berpatutan.

Keadaan Pekan Kuala Kubu Bharu selalunya tenang dan mendamaikan dengan kehijauan panorama Banjaran Besar. Keadaan geografinya juga berbukit bukau dan dipenuhi tumbuh-tumbuhan hutan yang meliar. Tentulah keadaan seperti ini amat sesuai untuk tujuan pertanian dan digemari juga pelancong-pelancong yang cintakan alam semula jadi.

"Sistem jalan raya yang teratur memudahkan perhubungan penduduk Kuala Kubu Bharu dengan kawasan-kawasan sekitar "  
   
 
 
Pekan Syed Mashor
 
Penafian | Laman Web KTAK