Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu,
44000 Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan
   
  Rempeyek kacang hijau

Pengusaha Tempatan Giat Berniaga

T

erdapat program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dijalankan di sini. Noza Bekal Enterprise mengusahakan pembuatan rempeyek yang diusahakan oleh Puan Norizan. Beliau menjadikan kawasan sekitar rumah sebagai pusat pembuatan rempeyek ini. Perniagaan yang diusahakan sejak tahun 2005 itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk sekitar Selangor termasuk Slim River, Perak. Antara jenis rempeyek yang dijalankan ialah rempeyek kacang tanah, rempeyek kacang hijau dan rempeyek kacang dal. Puan Norizan dan suaminya mempunyai tiga orang pekerja yang merupakan penduduk tempatan Kuala Kubu Bharu.

Selain itu, terdapat beberapa peniaga-peniaga kecil yang membuka premis perniagaan di Pekan Kuala Kubu Bharu. Antaranya ialah perkhidmatan kedai dobi yang diusahakan Puan Nor Saadah. Perniagaan ini dinamakan Dobi Be Mesra dan mempunyai enam orang pekerja. Di samping itu, pusat kecantikan juga merupakan salah satu perniagaan yang maju di situ. Puan Saadiah selaku pengusaha pusat kecantikan menawarkan perkhidmatan pakej perkahwinan, rawatan muka dan badan, rawatan resdung dan mengambil upah menjahit langsir. Perniagaan ini mendapat sambutan dan mendapat tempahan bukan sahaja di kawasan sekitar malah di luar kawasan Kuala Kubu Bharu.

Butik pengantin milik Puan Saadiah

 

 
Penafian | Laman Web KTAK