Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu,
44000 Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan
   
 

Hospital Kuala Kubu Bharu Sedia Berkhidmat

P

enubuhan Hospital Daerah Kuala Kubu Bharu memberi kemudahan prasarana yang lengkap dari segi kesihatan penduduk. Hospital ini ditubuhkan pada 1936 dan menyediakan perkhidmatan seperti klinik pesakit luar, klinik bersalin, wad tibi, unit fisioterapi dan haemodialisis. Selain itu, terdapat juga sebuah klinik yang dikhaskan untuk ibu dan anak-anak. Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kuala Kubu Bharu terletak di Jalan Kolam Air dan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat. Klinik ini memfokuskan kesihatan ibu mengandung, kanak-kanak, remaja dan warga emas. Klinik kesihatan itu juga memberikan khidmat bagi mereka yang ingin merancang keluarga.

Kemudahan klinik-klinik swasta juga turut disediakan di Pekan Kuala Kubu Bharu. Antaranya ialah seperti Klinik Surgeri C.S Koh, Poliklinik dan Surgeri Kuala Kubu Bharu, dan Klinik Mediacare.

Hospital Kuala Kubu Bharu

 

 
Penafian | Laman Web KTAK