RELA Bantu Keselamatan Penduduk
ecara amnya, soal keselamatan di kampung ini di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jabatan Bomba dan Penyelamat juga bertindak menangani insiden dan kecemasan penduduk Kuala Kubu Bharu yang berkaitan kes-kes berbahaya seperti kebakaran. Selain itu, pertubuhan keselamatan seperti Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) juga diwujudkan untuk membantu meningkatkan keselamatan penduduk. RELA yang ditubuhkan pada tahun 2000 itu mempunyai pejabatnya sendiri yang terletak di Pejabat Daerah Hulu Selangor.
Anggota RELA terdiri daripada sukarelawan anak tempatan yang sentiasa memastikan keselamatan kampung di tahap yang terkawal. Rukun tetangga yang beroperasi sepenuhnya di rumah pengerusi juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan keadaan kampung terkawal.
 |
| Balai Polis Daerah Hulu Selangor |
|
|