Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian Dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan Dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu,
44000 Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan
   
 

Semangat Kejiranan Erat

J

alinan hubungan antara kampung-kampung sekitar dengan Kuala Kubu Bharu adalah sangat baik dan sikap murni ini harus diteruskan. Kerap kali juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengadakan aktiviti-aktiviti bersama bagi merapatkan lagi hubungan mereka sesama penduduk sekitar. Antara kampung-kampung sekitar yang terdapat di situ ialah Kampung Dagang Setia, Kampung Kelapa, Kampung Paya Dalam dan Kampung Sungai Damar. Terdapat juga beberapa perkampungan yang menempatkan peneroka dan pekerja Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) iaitu FELDA Gedangsa, FELDA Sueharto, dan FELDA Sungai Tinggi.

"Terdapat juga beberapa perkampungan yang menempatkan peneroka dan pekerja Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) iaitu FELDA Gedangsa, FELDA Sueharto, dan FELDA Sungai Tinggi "  
   

Kegiatan ekonomi di kampung-kampung sekitar juga adalah hampir sama dengan Kuala Kubu Bharu. Kebanyakan mereka makan gaji di sektor sektor kerajaan. Ada juga di antara penduduk yang menjadikan sektor pertanian dan perladangan sebagai pendapatan sampingan mereka.

Semangat kejiranan kampung-kampung sekitar dieratkan melalui penganjuran aktiviti seperti pertandingan futsal, bola sepak dan juga sepak takraw. Biro Belia kampung-kampung sekitar juga telah menubuhkan Rakan Masjid yang bertujuan mengeratkan hubungan antara penduduk sekitar dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan bersama-sama.

 
Penafian | Laman Web KTAK