JKKK Pantau Aktiviti Kemasyarakatan
ecara umumnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan untuk membantu kerajaan dalam memastikan permbangunan desa tercapai. Oleh itu, JKKK telah menubuhkan beberapa biro, antaranya ialah Biro Pendidikan dan Teknologi Maklumat, Biro Wanita, Biro Belia, Biro Ekonomi, Biro Agama dan Biro Kebajikan dan Keselamatan. Penubuhan biro-biro ini adalah bertujuan untuk menjadi tangan kanan JKKK di Kuala Kubu Bharu.
Antara tugas Biro Pendidikan ialah mengadakan aktiviti-aktiviti ilmuan yang bersesuaian dengan pendidikan anak-anak kampung. Biro Kebajikan dan Keselamatan pula lebih tertumpu kepada tugas-tugas menceriakan Kuala Kubu Bharu. Gotong-royong yang diadakan saban tahun telah mengeratkan hubungan silaturrahim antara golongan tua dan golongan muda di sini.
|