Ramai Penduduk Berkhidmat Di Sektor Kerajaan
emandangakan Kuala Kubu Bharu merupakan pusat pentadbiran Daerah Hulu Selangor, maka 89 peratus daripada penduduk tempatan berkhidmat di sektor kerajaan sebagai Kakitangan Majlis Daerah, kakitangan Hospital Daerah dan kakitangan Mahkamah Daerah.
Selain itu, terdapat penduduk di sini menjalankan aktiviti perniagaan sendiri sebagai sumber pendapatan utama mereka seperti berniaga di pasar malam, kedai runcit, restoran makanan dan sebagainya. Terdapat juga penduduk tempatan yang bertugas di insitusi kewangan seperti Bank Pertanian, Maybank Berhad dan Bank Simpanan Nasional.
Sebanyak 11 peratus daripada penduduk tempatan pula terdiri daripada pesara-pesara. Walaupun sudah bersara mereka masih lagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat untuk menampung kehidupan keluarga. Mereka menanam berbagai-bagai jenis tanaman seperti cili, bendi, pisang dan serai di halaman rumah. Hasil dari tanaman ini dijual kepada peniaga-peniaga pasar dan juga untuk kegunaan sendiri. |