Penubuhan Rakan Masjid
KKK di sini amat menitik beratkan kebajikan golongan muda di situ. Mungkin kerana mereka sedar bahawa golongan belia inilah yang bakal menerajui kampung tersebut suatu hari nanti. Difahamkan bahawa 95 peratus warga belia di sini mempunyai pekerjaan, sama ada pekerjaan sementara mahupun tetap. Terdapat sebuah bengkel besi yang dibina di sini untuk memberi pendedahan dan peluang kepada golongan belia untuk menceburi bidang kemahiran. Bengkel besi dengan usaha sama JKKK ini mendapat sambutan yang menggalakkan.
| "terdapat sebuah bengkel besi yang dibina di sini untuk memberi pendedahan dan peluang kepada golongan belia untuk menceburi bidang kemahiran" |
|
| |
|
Persatuan Belia 4B yang ditubuhkan di sini aktif melakukan aktiviti yang memberi manfaat kepada golongan belia. Salah satu aktiviti yang dianjurkan ialah Sukan Komuniti di mana melibatkan aktiviti kesukanan penduduk Kuala Kubu Bharu seperti pertandingan futsal, bola sepak dan takraw. Selain itu, golongan belia bergabung tenaga dengan Biro Belia di kampung sekitar, sebuah persatuan yang dikenali sebagai Rakan Masjid telah dibentuk dan sembilan surau telah terpilih. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan ialah seperti ceramah-ceramah dan kelas tilawah Al-Quran. Mereka juga bersama-sama mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan masjid.
Terdapat juga Kem Bina Negara untuk belia-belia kampung menyertai aktiviti-aktiviti berfaedah di sini. Kem Bina Negara tersebut juga dijadikan markas aktiviti untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dijalankan.
|