Gudang Khazanah Ilmu
| " Perpustakaan desa ini dianggarkan mempunyai koleksi buku sebanyak 5,000 buah daripada pelbagai kategori seperti fiksyen dan novel kanak-kanak serta dewasa. " |
|
| |
|
lmu pengetahuan sememangnya tidak terhitung nilainya, maka adanya Perpustakaan Desa Siber Ilmu (PDSI) Sungai Petai menggalakkan penduduk kampung menambahkan ilmu dan celik maklumat. Kedudukan perpustakaan desa ini di dalam kawasan perumahan Rumah Awam Sungai Petai sebagai gudang khazanah ilmu, membantu meningkatkan mutu pembelajaran anak-anak kampung ini.
Pemberian Khidmat Sejagat (USP) bertujuan untuk mengurangkan jurang digital di antara penduduk kawasan luar bandar dan bandar. Lantaran kurang kepekaan terhadap bidang teknologi maklumat menjadikan ramai penduduk kampung masih ketinggalan di belakang. Usaha yang dilakukan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi banyak membantu kemajuan minda penduduk di sini.
 |
| Pelbagai jenis buku terdapat di sini |
|
Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Petai yang berada di bawah seliaan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM) beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.30 petang. Perpustakaan desa ini dianggarkan mempunyai koleksi buku sebanyak 5,000 buah daripada pelbagai kategori seperti fiksyen dan novel kanak-kanak serta dewasa.
Perpustakaan desa ini turut mengendalikan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan melukis, mencipta laman web dan pertandingan asal usul sejarah. Bayaran keahlian sebanyak RM1.00 dikenakan kepada kanak-kanak yang berusia tiga hingga enam tahun manakal yuran sebanyak RM2.00 dikenakan kepada kanak-kanak sekolah rendah dan remaja.
Pelbagai kemudahan disediakan di dalam perpustakaan desa ini seperti penghawa dingin, kipas, televisyen, kerusi, meja, komputer, mesin pencetak dan pengimbas. Ruang dalam perpustakaan ini boleh memuatkan seramai 30 orang dalam satu-satu masa. |