Banjir Besar 1972

M

enurut warga tua di kawasan Kampung Sungai Petai, kemasyhuran Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal di dunia pada abad ke-16 telah mengundang kedatangan sebegitu ramai orang luar untuk berhijrah ke Melaka. Antara tempat yang menjadi persinggahan mereka ialah Kampung Sungai Petai. Menurut cerita, peneroka asal kawasan ini ialah Datuk Demang Haji Talib. Beliau telah membuka kawasan ini pada tahun 1889. Oleh kerana di alur sungai berhampiran kawasan ini terdapat banyak pokok petai, justeru kawasan ini dinamakan Sungai Petai.

"Terdapat banyak pokok petai (parkia speciosa) di kawasan ini suatu ketika dahulu, lalu dinamakan kawasan ini sebagai Kampung Sungai Petai"  
   
 
 
Sungai Petai melakarkan sejarah

Petai sebenarnya merupakan sejenis buah yang dijadikan ulam oleh kebanyakan orang Melayu di negara ini. Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan yang hidup meliar di hutan-hutan terutama di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand. Ia hidup subur di kawasan beriklim panas dan lembap justeru ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Tetapi k ini, petai sudah ditanam sebagai salah satu daripada produk tani di ladang-ladang kerana ia menjanjikan pulangan yang lumayan. Dalam istilah Botani, petai disebut parkia speciosa dari famili Leguminosae.

 
 
Pokok petai dikatakan tumbuh meliar di pinggir Sungai Petai

Pada tahun 1972 banjir besar telah melanda kampung ini mengakibatkan perhubungan penduduk kampung terputus selama lima hari. Tempoh itu amat menyukarkan penduduk di mana sistem perhubungan telefon juga terputus termasuk kesukaran mendapatkan bekalan makanan. Segala tanaman dan ternakan rosak binasa manakala banyak harta benda yang musnah. Paras air yang begitu tinggi telah merosakkan jambatan Kampung Rumbia yang menghubungkan Bandar Melaka ke kampung ini. Penduduk menganggap itulah banjir besar yang menjadi bencana dan mimpi ngeri kepada mereka walaupun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Bagaimanapun, banjir besar itu telah banyak mengubah wajah Kampung Sungai Petai. Di sebalik bencana yang mengerikan, banyak pengajaran yang diperolehi
penduduk daripada peristiwa itu. Untuk mengelakkan daripada tragedi buruk itu berulang, maka sistem perparitan di sekitar kawasan kampung menjadi lebih terancang dan lebih sempurna. Kemajuan kawasan kampung tidak sedikit pun merosakkan tradisi masyarakat Melayu yang sememangnya terkenal dengan budi bahasa dan kesopanan.


 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK