Aktiviti harian yang sibuk

Rumah Kayu Bertangga Batu

B

erdasarkan maklumat Datok Sidang Haji Ramby, Kampung Sungai Petai terbahagi kepada tiga kampung kecil. Dianggarkan seramai 5,000 orang penduduk tinggal di sekitar kawasan Sungai Petai. Kebanyakan penduduk di sini berbangsa Melayu dan beragama Islam diikuti pula oleh kaum India dan kaum Cina.

 
 
Tangga batu sinonim dengan Negeri Melaka

Begitupun, pembangunan dan kemajuan kawasan kampung tidak mencemar keadaan semulajadi Sungai Petai. Pola penempatan penduduk adalah secara berselerak di sekitar Kampung Sungai Petai. Rumah-rumah penduduk di sini memiliki keunikannya yang tersendiri seperti rumah kayu dan bertangga batu. Malah, tangga batu merupakan ciri-ciri yang menggambarkan seni bina rumah tradisional Melayu Melaka sejak dahulu.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK