Kolam penternakan ikan Tilapia

Membasmi Kemiskinan Melalui Penternakan

B
 
 
Kolam kanvas ikan keli

idang perikanan turut menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk Kampung Sungai Petai. Di kawasan Mukim Alor Gajah, bantuan berupa penternakan ikan keli diberi kepada seorang penduduk miskin tegar. Ternakan ikan keli yang diusahakan oleh Normah Husin mendapat bantuan sepenuhnya dari Jabatan Perikanan Melaka. Bagi keluarga miskin tegar ini, bantuan daripada pihak kerajaan banyak membantu beliau dan keluarganya. Beliau mengusahakan penternakan
ikan keli dan ikan haruan di dalam kanvas. Sebanyak dua kolam kanvas berukuran 10 meter diusahakan oleh beliau. Menurutnya lagi, ternakan ikan keli tidak merumitkan kerana air yang digunakan tidak perlu diganti selalu. Kos makanan untuk ikan keli juga tidak terlalu tinggi tetapi dengan kenaikan harga barang makanan, berkemungkinan ia boleh menjejaskan penternak.

Selain itu, terdapat usaha memajukan kawasan
bekas tapak sawah padi menjadi kolam ikan. Kini, kolam ikan tersebut boleh memuatkan ribuan ikan dari jenis tilapia dan bawal merah. Kawasan kolam ini turut menjadi tumpuan penduduk. Pengusaha kolam ikan ini, Arifin, menjual ikan-ikannya kepada sesiapa sahaja yang berminat pada harga RM5.00 sekilogram.

 
 
Penternakan kambing oleh anak tempatan

Dalam pada itu, seorang bekas komando tentera yang hanya dikenali sebagai Salim, menjadi penternak kambing yang boleh dikatakan berjaya. Beliau memiliki 75 ekor kambing dari pelbagai jenis dan baka seperti kambing Jana Pari, Anglo serta kambing kacukan Bo.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK