Membantu Pendidikan Pelajar

B
 
 
Sekolah yang berjaya melahirkan insan-insan cemerlang

agi anak-anak kecil Kampung Sungai Petai, pendidikan awal mereka bermula di Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang terletak berdekatan dengan Masjid Sungai Petai. Terdapat sebuah sekolah rendah dan menengah di Kampung Sungai Petai, iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Petai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said. Namun begitu, penduduk Kampung Sungai Petai tidak mengabaikan aspek pendidikan agama.

Bagi penduduk kampung kepentingan ilmu tidak hanya sampai di peringkat menengah. Atas kesedaran ini, ramai penduduk kampung turut berusaha untuk meningkatkan pendidikan anak masing-masing. Ramai anak-anak kampung di sini menyambung pelajaran di Kolej Yayasan Alor Gajah atau di Kolej RISDA selain ke institut pendidikan tinggi awam (IPTA) dan swasta.

 
 
Kanak-kanak bersekolah di Tadika JAIM Sungai Petai

Prihatin terhadap kepentingan pendidikan anak-anak kampung, seorang anak jati Kampung Sungai Petai telah mengadakan kelas tambahan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Bagi menghadiri kelas-kelas tambahan tersebut, bayaran sebanyak RM10.00 dikenakan bagi setiap satu mata pelajaran

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK