Muzium Adat Istiadat
| "Diorama biasanya digunakan dalam muzium untuk memperingati suatu peristiwa yang penting." |
|
| |
|
egeri Melaka sememangnya kaya dengan khazanah sejarahnya. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah Muzium Adat Istiadat Alor Gajah. Dahulu, muzium ini dikenali sebagai Muzium Daerah Alor Gajah. Terletak di Dataran Keris Alor Gajah, muzium ini diselia oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Kedudukannya betul-betul di tengah Bandar Alor Gajah iaitu kira-kira empat kilometer dari Kampung Sungai Petai.
| |
 |
| |
| Muzium Adat yang menempatkan artifak sejarah masyarakat Melayu |
|
Bayaran sebanyak RM1.00 dikenakan kepada setiap pengunjung yang ingin melawat muzium ini. Muzium Adat Istiadat Alor Gajah mempamerkan pelbagai barangan sejarah masyarakat Melayu Alor Gajah pada zaman dahulu serta potret tokoh-tokoh daerah. Muzium ini turut mempamerkan adat-istiadat perkahwinan Melayu Serantau.
| |
 |
| |
| Antara "Diorama" yang dipamerkan |
|
Menggunakan konsep “Diorama”, model-model patung mengajak pengunjung mengimbas kembali suasana zaman dahulu seperti adat istiadat perkahwinan, peragaan bilik pengantin, aksesori pengantin dan pelamin. Muzium ini dibuka pada setiap hari Selasa hingga Ahad bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang.
|