Bandar Alor Gajah

Budaya Berpantun

N

egeri Melaka merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah dan kebudayaan Melayu tradisional. Malah keunikan sejarah di negeri ini menyimpan seribu kenangan. Negeri Melaka boleh dibahagikan kepada tiga daerah, iaitu Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

 
 
Alor Gajah diasak pembangunan dengan pembinaan lebuh raya tiga lorong

Alor Gajah dihubungkan melalui Lebuh Raya Utara-Selatan menerusi susur keluar Simpang Ampat. Perjalanan diteruskan melalui jalan lama Simpang Ampat ke Alor Gajah-Bandar Melaka. Kedudukan Kampung Sungai Petai adalah selepas Pekan Alor Gajah berhampiran Taman perindustrian Zarina dan Taman Bukit Emas yang boleh dijadikan petunjuk yang anda telah berada di Kampung Sungai Petai.

Kampung Sungai Petai terletak dalam Mukim Sungai Petai, di Daerah Alor Gajah. Jarak kampung ini dengan Bandar Raya Melaka adalah 25 kilometer. Pekan terdekat dengannya ialah Majid Tanah dan Tampin di Negeri Sembilan. Terletak di bawah Parlimen Alor Gajah, Kampung Sungai Petai mempunyai keunikan yang tersendiri. Rata-rata penduduknya ramah dan suka berpantun. Malah budaya berpantun masih kuat diamalkan oleh kebanyakan penduduk kampung ini.

Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Petai berada di bawah seliaan Perbadanan Perpustakaan Negeri Melaka (PERPUSTAM). Lokasinya yang terletak di dalam kawasan Rumah Awam Sungai Petai memudahkan pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak dan belia kampung untuk datang menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK