Pekerja Rahim Palm Oil ini sedang tekun dengan tugasnya

Semangat Usahawan Tersemai Dalam Diri

Rahim Palm Oil

T

erletak di Taman Perindustrian Sungai Petai, perusahaan Rahim Palm Oil merupakan sebuah kedai yang menyediakan pelbagai barang keperluan untuk penduduk sekitar. Perusahaan yang dijalankan oleh Haji Rahim Abdullah bersama keluarganya merupakan kedai runcit Melayu yang pertama dibuka di kawasan Sungai Petai.

"Rahim Palm Oil merupakan kedai runcit Melayu pertama dibuka di Kampung Sungai Petai."  
   
 
 
Suasana kedai runcit kepunyaan Haji Rahim Abdullah

Dahulu, kedai kepunyaan beliau hanyalah sebuah lot kedai, tetapi kini beliau boleh berbangga kerana berkat usaha dan kudratnya, beliau mampu menggaji 12 orang pekerja. Daripada sebuah lot kedai, beliau berjaya memiliki sehingga tiga buah lot kedai.

Pada awalnya, beliau yang berhijrah dari Bandar Raya Kuala Lumpur memulakan perniagaan pembungkusan minyak masak secara kecil-kecilan di bawah jenama Rahim Oil pada tahun 1995. Perniagaan beliau mula berkembang menjadi kedai barangan runcit pada tahun 2000 dan akhirnya menjadi kedai borong barangan basah dan kering pada tahun 2005.

Mat Taylor

 
 
Mat Taylor amat popular di kalangan penduduk setempat

Mat Taylor atau Muhammad Abu Samah merupakan nama yang cukup popular di kawasan Sungai Petai. Beliau yang berpindah dari Masjid Tanah, kini mendiami Taman Perindustrian Sungai Petai, membuka sebuah kedai jahit kerana minatnya yang amat mendalam dalam bidang jahitan. Perniagaan dan minat beliau diwarisi oleh anaknya yang telah membuka sebuah lagi kedai jahitan. Lantaran pasaran yang semakin luas, beliau turut menerima tempahan jahitan pakaian seragam untuk Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Institut Latihan Perindustrian Malaysia (ILPM).

 
 
Penafian | Laman Web KTAK