n
 
 
   
 

Pelbagai Kemudahan Tersedia

K

emudahan prasarana yang lengkap dinikmati oleh semua golongan di Kampung Sungai Petai. Kesan dari pembangunan secara berpusat banyak membantu meningkatkan kemajuan Kampung Sungai Petai. Bagi penduduk kampung di sini, kawasan Kampung Sungai Petai telah banyak berubah.

Perhentian bas menyenangkan pengguna

Selain kemudahan asas seperti air, elektrik dan komunikasi, penduduk di sini juga disediakan kemudahan jejantas bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Selain itu, kemudahan balai raya, sekolah, perpustakaan desa, Kompleks Japerun Rumbia, masjid, pejabat pos dan stesen minyak turut disediakan.

Jejantas kegunaan orang ramai

Kedudukan kampung yang berhampiran dengan Bandar Alor Gajah dan di jalan besar ke bandar Melaka turut memudahkan segala urusan harian. Kemudahan kedai runcit dan kedai telekomunikasi tumbuh bagai cendawan di kawasan Bandar Alor Gajah.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK