Keramahan Penduduk
ampung Sungai Petai dikelilingi oleh tiga kampung kecil dan beberapa taman perumahan awam iaitu Kampung Kelemak, Kampung Seberang Perai dan Kampung Tengah. Taman-taman perumahan pula ialah Rumah Awam Sungai Petai, Taman Perindustrian Zarina dan Taman Bukit Emas. Hubungan yang baik sesama penduduk kampung dan taman perumahan di sini mengeratkan perpaduan masyarakat. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Petai telah berusaha menaikkan taraf kampung termasuk sistem jaringan jalan raya. Dengan itu, perhubungan masyarakat Kampung Sungai Petai dan masyarakat sekitar tidak terputus.
| "Hubungan yang baik sesama penduduk kampung dan taman perumahan di sini mengeratkan perpaduan masyarakat." |
|
| |
|
Keramahan penduduk-penduduk Kampung Sungai Petai pasti memberi keselesaan apatah lagi kepada pengunjung yang pertama kali bertandang ke sini. Walaupun saiz kampung ini tidak sebesar mana, tetapi ia masih lagi mengekalkan nilai-nilai tradisi dan patuh kepada nilai-nilai murni. Buktinya, dua orang wanita dari kampung ini menerima Anugerah Ibu Mithali daripada Kerajaan Negeri Melaka. Tokoh Ibu Mithali pada 2006 ialah Hajah Zarina Haji Ibrahim manakala Hajah Salmah Abdul Jalil dinobatkan Ibu Mithali pada tahun 2007.
|