Individu yang berjasa kepada kampung

Sokongan Penduduk

T

iga tahun dahulu, kawasan Sungai Petai tidak begitu dikenali, tetapi kini segala-galanya sudah berubah. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Petai telah membawa banyak perubahan di kampung sekaligus menjadikan penduduk kampung turut sama melangkah ke hadapan. Kampung Sungai Petai pernah menerima kunjungan beberapa orang Menteri, Wakil Rakyat dan juga Ahli Parlimen.

JKKK Kampung Sungai Petai dipengerusikan oleh Arrawi Haji Abdul Hamid dan dibantu oleh Haji Musa Ayat selaku Setiausaha. Bendahari ialah Haji Ramby Haji Adam. Penglibatan JKKK dalam penganjuran pelbagai aktiviti mendapat sokongan padu daripada penduduk kampung. Malah penduduk kampung turut komited terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Kesungguhan mereka terbukti dalam perarakan Maulidur Rasul yang dihadiri oleh kira-kira 800 orang penduduk. Perarakan Maulidur Rasul ini bermula dari Masjid Sungai Petai hingga ke Kompleks Japerun Rumbia sejauh kira-kira 500 meter.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK