Premis industri kecil dan sederhana

Berjasa Kepada Tanah

K

ampung Sungai Petai merupakan kawasan perkampungan yang terancang dengan pertanian dan perumahan dibangunkan secara tersusun. Rata-rata penduduk di sini bekerja dalam sektor awam, badan berkanun dan swasta. Kedai makan dan minuman di sini begitu banyak umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Deretan pokok getah yang tersusun menunjukkan bahawa sebahagian penduduk kampung bekerja sebagai penoreh getah.

 
 
Zon Industri Kecil dan Sederhana disediakan bagi peniaga di sini

Oleh kerana tanah di sekitar kawasan kampung subur, maka penduduk kampung tidak membiarkan tanah diabaikan begitu sahaja. Pelbagai jenis sayur-sayuran seperti sawi, cili dan bayam serta buah-buahan turut ditanam dan dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan. Mereka tekun berjasa kepada tanah kerana mengetahui akan manfaatnya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK