Menggembleng Tenaga
| "Sungai Petai Football Club ditubuhkan untuk golongan belia yang gemarkan sukan bola sepak" |
|
| |
|
olongan belia kampung Sungai Petai aktif dalam permainan seperti futsal dan aktiviti riadah yang lain. Mereka turut menubuhkan satu pasukan bola sepak, iaitu Sungai Petai Football Club (FC) di bawah seliaan Pemuda UMNO Sungai Petai. Atas usahasama pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Parlimen Alor Gajah, pasukan bola sepak Sungai Petai dipilih menjadi wakil dalam pertandingan sukan bola sepak dan bertanding di peringkat negeri. Selain itu, belia kampung juga bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang direncanakan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
Terdapat juga belia kampung yang aktif dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Petai bersama Pergerakan Pemuda UMNO menggembleng tenaga dalam menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan disiplin dan keyakinan diri golongan belia di sini.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
JKKK Kampung Sungai Petai telah bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka dalam meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk kampung, khususnya golongan belia akan bahaya penggunaan dadah. Bertempat di Kompleks Japerun Rumbia Sungai Petai, projek kerjasama AADK Negeri Melaka telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung. Malah, Kampung Sungai Petai telah terpilih sebagai penganjur Hari Anti Dadah Sedunia peringkat negeri pada tahun 2007.
Selain itu, JKKK dan AADK Negeri Melaka juga turut mengadakan sebuah lagi program berteraskan pencegahan dadah bagi golongan belia iaitu Gerak Gempur Dadah. Program ini diadakan pada Julai 2007. Antara aktiviti sampingan dalam program ini ialah aktiviti mengacau dodol, membakar lemang, memasak rendang dan mengubah bunga yang dijalankan selama lima hari berturut-turut di pekarangan Kompleks Japerun Rumbia. |