Wanita Yang Berdaya Saing

K

aum wanita Kampung Sungai Linau bukan sahaja bertindak sebagai suri rumah, malah mereka juga bergiat aktif di dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Sesuai dengan hasrat kerajaan yang inginkan wanita berdaya saing, terdapat pelbagai aktiviti untuk mereka laksanakan di Kampung Sungai Linau. Di antara aktiviti yang sering diadakan ialah kelas berzanji, nasyid, marhaban, pembacaan Yasin dan kelas Fardu Ain. Aktiviti ini diadakan setiap minggu dan diketuai oleh seorang guru agama wanita yang berpengalaman.

 
 
Kelas menjahit dianjurkan oleh KEMAS setiap hari Khamis

Kaum wanita di sini turut terlibat di dalam aktiviti-aktiviti sampingan seperti kelas menjahit dan kelas masakan. Biro Wanita yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sering berusaha untuk menambah penglibatan wanita di dalam aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, terdapat segelintir kecil golongan wanita yang terlibat dalam perniagaan iaitu membuat kuih baulu secara kecil-kecilan. Secara tidak langsung, kegiatan ini menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga mereka.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK