Menjadi Tumpuan Belia
niversal Province Services (USP) atau Pemberian Perkhidmatan Sejagat merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi merapatkan jurang digital di kalangan penduduk luar bandar. Melalui beberapa pendekatan, program ini dijalankan secara berperingkat dengan penyediaan beberapa peralatan tertentu. Lazimnya, program USP dijalankan di perpustakaan desa atau klinik desa yang terpilih. Namun begitu, penduduk kampung ini sangat bertuah kerana Klinik Desa (KD) Sungai Linau dipilih untuk mendapat kemudahan di bawah program ini.
| |
 |
| |
| Klinik kesihatan merangkap USP untuk kemudahan masyarakat |
|
Oleh kerana prohgram ini dijalankan di sebuah klinik, maka tanggungjawab untuk menyelia USP diserahkan kepada kakitangan klinik khususnya di kalangan Jururawat. Antara peralatan yag dibekalkan oleh kerajaan di bawah program ini ialah beberapa buah komputer, mesin pencetak, mesin pengimbas dan kamera digital. KD Sungai Linau juga dibekalkan dengan kemudahan capaian internet jalur lebar. Semua kemudahan ini boleh digunakan oleh penduduk kampung secara percuma.
Bagi penduduk kampung pula, peluang dan kemudahan ini digunakan dengan sebaik-baiknya terutama golongan pelajar dan belia. Bagi jururawat yang terlibat pula, mereka tidak merasakan tanggungjawab tambahan itu membebankan mereka. Sebaliknya, mereka mendapati pengguna yang datang memahami kesibukan kakitangan klinik dan kerana itu, pengguna telah biasa menggunakan peralatan USP secara “self lerning” atau secara belajar sendiri. USP KD Sungai Linau dibuka pada setiap hari bekerja dan ditutup pada jam 5.00 petang.
|