“Rewang” Merapatkan Hubungan

K

ampung Sungai Linau seluas kira-kira 4,440 hektar. Majoriti penduduknya ialah orang Melayu yang kebanyakannya adalah golongan tua yang menjadi petani atau pekerja ladang. Walaupun ladang-ladang nanas memberikan banyak peluang pekerjaan tetapi sektor itu tidak menarik minat para belia. Golongan muda, majoritinya lebih suka berhijrah ke bandar-bandar dan lebih senang makan gaji baik di sektor kerajaan mahupun swasta. Justeru, ada kalanya ketiadaan belia di kampung memberi kesan tertentu terutama yang membabitkan penglibatan terhadap program-program belia dan pembangunan kampung.

Berdasarkan statistik semasa, kira-kira 330 orang menginap di kampung ini yang membabitkan 78 keluarga Melayu. Mereka mendiami rumah-rumah sendiri berkonsepkan kampung yang dibina di atas tanah milik sendiri. Kehidupan mereka tidak berbeza seperti kehidupan masyarakat Melayu di kampung-kampung lain. Sikap tolong-menolong masih segar bersemi di kalangan mereka. Amalan “rewang” pada majlis-majlis perkahwinan masih menjadi gaya hidup mereka. Sebagai makluman, “rewang” ialah amalan bekerjasama sesama penduduk atau jiran-jiran yang membantu kerja-kerja pada majlis kahwin atau kenduri-kendera. Antara kerja-kerja yang dilakukan seperti membasuh dan melapah daging, masak-memasak serta membasuh pinggan mangkuk.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK