Koktail Nanas

"S

eluas mata memandang.” Itulah yang mampu digambarkan jika anda berada di kawasan Kampung Sungai Linau. Tanaman nanas merupakan salah satu pertanian utama yang dijalankan di sini. Di kiri dan kanan kawasan kampung dipenuhi rimbunan pokok nanas yang diusahakan oleh sebuah syarikat tempatan. Ladang ini juga mendapat jolokan sebagai “Pekan Nanas”. Syarikat tersebut mempunyai tanaman nanas seluas 6,000 hektar yang hasilnya ditinkan sebelum dieksport ke beberapa negara.

“Orang ramai yang ingin membeli nanas secara pukal atau memerlukan koktail nanas boleh menghubungi Nasriq Bohari di talian 017-7552545”

 
   

Kedudukan Kampung Sungai Linau yang berada di dalam ladang mendorong penduduk setempat menanam nanas sebagai pendapatan utama. Disebabkan tanah di sini amat sesuai untuk penanaman nanas, peluang itu telah digunakan oleh penduduk untuk mengusahakan tanaman yang sama di tanah masing-masing. Petani, Bohari Md Ishak dan Kadisah Tukiran mengusahakan ladang nanas di tanah milik mereka. Kedua-duanya telah mengusahakan kebun nanas sejak 30 tahun yang lalu dan ia menjadi punca pendapatan utama mereka. Namun kini, kedua-duanya telah mewariskan pertanian ini kepada anak lelaki mereka yang juga bercita-cita mahu membuka kilang mengetin nanas.

 
 
Ladang nanas saujana mata memandang

Bagi pengusaha nanas di sini, nanas jenis Jospain adalah yang popular ditanam. Nanas jenis ini akan ditinkan untuk pasaran luar negara oleh pengilang-pengilang tempatan. Selain itu, mereka juga menanam nanas dari jenis gandol atau dikenali sebagai Nanas Jawa. Pengusaha pekebun kecil nanas di sini boleh memperoleh pendapatan mencecah ribuan ringgit yang dijual kepada pemborong-pemborong tempatan.

Sebagai pengetahuan, pokok nanas hanya mengeluarkan buah selepas 12 bulan ditanam. Biasanya para petani akan menanam secara berperingkat atau bergilir bagi mengatasi lambakan nanas pada sesuatu masa. Dengan menanam secara berperingkat, mereka telah merancang bulan-bulan atau masa untuk menanam serta masa bagi menuai hasil atau memetik buah. Cara ini juga bagi memastikan mereka mempunyai pendapatan secara berkala dalam tempoh satu tahun.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK