Pencapaian Akademik Membanggakan
| |
“Pendidikan sememangnya amat penting kepada masyarakat. Masyarakat tanpa pendidikan ialah masyarakat yang mundur” |
| |
|
endidikan sememangnya amat penting kepada masyarakat. Masyarakat tanpa pendidikan ialah masyarakat yang mundur. Justeru, bidang pendidikan di kampung ini walaupun terletak jauh di dalam ladang tidak pernah dipinggirkan. Terdapat sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah jenis agama di Kampung Sungai Linau. Bagi kanak-kanak pra sekolah terdapat sebuah Tabika KEMAS di kampung ini.
Tahap pencapaian para pelajar kampung ini boleh dikatakan memberangsangkan. Pelbagai aktiviti yang dijalankan secara bersama oleh pihak sekolah dan penduduk kampung bagi membantu pencapaian akademik anak-anak. Di antara sekolah yang menjadi tumpuan di kawasan ladang ialah:
• Sekolah Menengah Dato Abdul Rahman Andak
Menjadi tumpuan anak-anak remaja yang tinggal di dalam kampung serta kawasan ladang. Sekolah ini terletak lima kilometer dari Kampung Sungai Linau dan hampir dengan Pekan Simpang Renggam.
• Sekolah Kebangsaan Sungai Linau
Terletak di persimpangan masuk Kampung Sungai Linau dengan 250 orang murid dari darjah satu (Tahun Satu) hingga darjah enam (Tahun Enam). Ia merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan yang menerima pelbagai bantuan atau peruntukan seperti buku-buku teks dan program kelas tuisyen. Pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibantu oleh guru yang berpengalaman. Sekolah ini juga aktif mngadakan aktiviti luar bilik darjah seperti lawatan ke Kuala Lumpur selepas peperiksaan.
• Sekolah Agama Sungai Linau
Terletak di Kampung Parit IV di sebelah balai raya dan berhadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Linau. Sekolah ini menyediakan pelajaran yang teratur dan berguna kepada pembentukan sahsiah kanak-kanak. Pelajaran ilmu tauhid, tajwid, fikah dan pelbagai lagi diajar di sini seperti sekolah agama lain.
|