Klinik Sebagai Pusat Komuniti
esihatan penduduk Kampung Sungai Linau tidak diabaikan. Oleh itu, kerajaan turut menyediakan sebuah klinik desa di sini bagi memudahkan penduduk mendapatkan rawatan kesihatan. Klinik Desa (KD) Kampung Sungai Linau beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 2.00 hingga 6.00 petang. Selain merawat pesakit luar, juga disediakan ialah rawatan untuk ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak.
KD Kampung Sungai Linau terletak di hadapan pintu masuk Ladang Peninsula Sendirian Berhad. Ia memudahkan dikunjungi oleh penduduk atau pesakit. Klinik ini juga menyediakan perkhidmatan kaunseling dalam bidang-bidang tertentu seperti kaunseling merancang keluarga untuk pasangan suami isteri dan lain-lain.
Selain berfungsi sebagai pusat kesihatan, KD Sungai Linau juga sebenarnya berperanan sebagai pusat komuniti ilmu siber menerusi projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang dikendalikan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK). Projek ini memberi peluang kepada penduduk menggunakan komputer dan melayarai internet secara percuma.
|