Polis Dan Rela Berganding Bahu
ika bercakap berkenaan keselamatan, secara amnya Kampung Sungai Linau berada di bawah pengawasan Balai Polis Simpang Renggam. Juga termasuk dalam kawasan pentadbiran polis Simpang Rengam ialah Ladang Peninsula Sendirian Berhad. Balai Polis ini terletak enam kilometer dari Kampung Sungai Linau diketuai oleh Sarjan Mejar Tamsir Kosnan.
Bagi tujuan keselamatan, pihak ladang menyediakan pengawal di pintu masuk utama ke kampung dan ladang ini. Semua pelawat perlu melalui pemeriksaan keselamatan di pintu masuk dan sebuah pondok keselamatan didirikan di situ. Malah, sistem keselamatan ini bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan ladang sekali gus memantau sebarang pergerakan atau aktiviti yang mencurigakan.
Bagi penduduk Kampung Sungai Linau, mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada pengawal keselamatan ladang. Oleh itu, penduduk bersepakat menubuhkan Persatuan Relawan Rakyat Bersatu (RELA) dan secara bergilir-gilir menjalankan tugas mengawasi keselamatan kampung terutama pada waktu malam. Langkah menubuhkan RELA telah banyak membantu mengatasi masalah keselamatan dan ia merupakan satu usaha yang sangat dihargai.
|