Pelbagai Kemudahan

W

alaupun terletak di dalam ladang nanas, banyak kemudahan asas yang terdapat di Kampung Sungai Linau. Boleh dikatakan penduduk di sini telah disediakan dengan kemudahan dan prasarana yang lengkap. Setiap rumah di Kampung Sungai Linau mempunyai bekalan air dan elektrik yang sempurna. Malahan 90 peratus daripada penduduk mempunyai telefon persendirian yang dipasang di rumah masing-masing. Walaupun begitu, kemudahan telefon awam juga ada disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

Kampung ini juga mempunyai perkhidmatan bas awam dan penduduk boleh membuat pelbagai urusan rasmi di Pekan Simpang Renggam yang sejauh empat kilometer sahaja. Di pekan terdapat kemudahan awam seperti pejabat pos, bank, kedai-kedai runcit dan juga Balai Polis Simpang Renggam.

Kemudahan-kemudahan lain termasuklah masjid, surau, sekolah dan Taman Didikan Kanak-kanak( TADIKA). Turut disediakan di Kampung Sungai Linau ialah sebuah dewan serba guna. Pihak pengurusan ladang juga turut menyediakan sebuah padang bola dan gelanggang bola keranjang bagi kegunaan pekerja dan penduduk sekitarnya.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK