Melaksana Dasar Kerajaan
awatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) berperanan sebagai pengantara masyarakat dan kerajaan. Setiap projek yang dilaksanakan oleh kerajaan di harap mendapat sambutan oleh penduduk kampung. Kedudukan Kampung Sungai Linau yang terletak di dalam ladang tidak dinafikan haknya. Apa yang diperolehi oleh kampung lain juga terdapat di sini. Masalah-masalah yang timbul berkaitan kemudahan kampung dan sebagainya akan ditangani oleh JKKK.
 |
|
|
|
Masalah-masalah yang berkaitan hal-hal kemasyarakatan seperti perpaduan dan lain-lain akan ditangani secara bersama dengan sebijak-bijaknya. Ia biasanya melibatkan ketua kampung, jawatankuasa masjid dan wakil-wakil penduduk. JKKK Kampung Sungai Linau diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Bajuri yang juga menjadi Ketua Kampung. Beliau dibantu oleh Kamaluddin Haji Supian selaku Setiausaha dan Masruhin Haji Abdul Hadi sebagai Bendahari. JKKK Kampung Sungai Linau juga mewujudkan Biro Keselamatan, Biro Belia, Biro Wanita, Biro Keagamaan, Biro Ekonomi dan Biro Pelajaran.
|