Kelapa sawit punca pendapatan utama penduduk kampung

Berbakti Kepada Tanah

S
 
 
Pekerja ladang Peninsula mengait buah sawit

ungguhpun pertanian merupakan kegiatan utama penduduk, namun, ramai juga yang makan gaji di sektor kerajaan dan swasta. Ada penduduk yang berusaha membuka perniagaan, bekerja sendiri, usahawan kilang dan pertanian serta lain-lain. Nanas dan kelapa sawit dilihat menjadi tanaman utama kebanyakan penduduk sekitar Sungai Linau. Sama ada diusahakan secara sendiri atau dipajakkan. Bagi mereka mempunyai keluasan tanah yang banyak, mereka menyerahkan kepada pihak ketiga secara kontrak. Ini dilakukan disebabkan kadang-kala sukar mendapatkan pekerja ladang.

Boleh dikatakan, pada waktu pagi kampung-kampung ini meriah atau riuh-rendah dengan kesibukan penduduk bergerak ke kebun-kebun atau ladang-ladang. Sekurang-kurangnya ada yang bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit atau pemetik nanas di ladang-ladang berhampiran.

Anak-anak muda pula lebih terdedah untuk meneruskan kehidupan secara makan gaji di sektor awam mahupun swasta. Selain itu, sebahagian kecil penduduk setempat berusaha mencari pendapatan tambahan melalui aktiviti perniagaan seperti membuka bengkel motosikal, kedai runcit dan juga warung-warung makanan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK