Nanas Johor disukai ramai kerana rasanya yang manis. Kebanyakan nanas di pasar-pasar adalah nanas tempatan Johor. Kampung Sungai Linau seluas kira-kira 4,440 hektar. Kawasan di sekitar kampung ini dipenuhi dengan tanaman nanas di samping kelapa sawit. Walaupun ladang-ladang nanas memberikan banyak peluang pekerjaan tetapi pekerjaan itu tidak menarik minat para belia dan golongan muda. Majoriti orang muda lebih suka berhijrah ke bandar-bandar dan lebih senang makan gaji baik di sektor kerajaan ataupun swasta.


Sejarah Belia

Menurut cerita lisan, sebelum Kampung Sungai Linau diteroka, telah wujud sebatang sungai bernama Sungai Linau yang di sepanjang tebing ditumbuhi banyak pokok linau (lophopetalum javanica). Sungai itu yang bersempadan dengan Sungai Benut terletak kira-kira 10 kilometer dari Pekan Simpang Renggam. Air Sungai Linau dikatakan berwarna coklat seperti air tanah. Aliran sungai ini akan bertembung dengan Sungai Benut di kuala sungai.

Dikatakan, “belia pemangkin negara.” Kenyataan ini menunjukkan belia adalah golongan yang penting dalam pembangunan negara. Di Kampung Sungai Linau pembangunan modal insan para belianya tidak diabaikan. Oleh itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menubuhkan Biro Belia yang antara lain berperanan sebagai pembimbing belia atau anak-anak muda secara terancang.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK