Pembangunan Modal Insan

D

ikatakan, “belia pemangkin negara.” Kenyataan ini menunjukkan belia adalah golongan yang penting dalam pembangunan negara. Di Kampung Sungai Linau pembangunan modal insan para belianya tidak diabaikan. Oleh itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menubuhkan Biro Belia yang antara lain berperanan sebagai pembimbing belia atau anak-anak muda secara terancang. Bagi menguatkan usaha tersebut, Persatuan Belia 4B (Belia 4B) juga turut ditubuhkan bagi mengatur pelbagai aktiviti untuk mereka.

Melalui Biro Belia JKKK dan Belia 4B pelbagai aktiviti sukan dan kemasyarakatan dianjurkan walaupun secara berkala dengan hasrat merapatkan hubungan sesama mereka. Pertandingan sepak takraw peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2007 merupakan antara aktiviti yang disertai oleh belia di sini.

Belia juga melibatkan diri dalam kumpulan kompang yang ditubuhkan dan turut menyertai aktiviti-aktiviti sosial yang lain. Kumpulan kompang ini dianggotai oleh penduduk berusia antara 15 hingga 45 tahun. Mereka sering berlatih untuk meningkatkan kemahiran bermain kompang dan biasanya akan diundang untuk memeriahkan majlis-majlis sambutan atau keramaian di samping majlis-majlis perkahwinan penduduk.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK