Wanita Aktif Berniaga

K
 
 
Bersama-sama membantu menyara keluarga

omuniti wanita di kampung ini aktif di dalam kelas menjahit yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan badan-badan kerajaan yang lain. Kebanyakan wanita yang menyertai kelas ini adalah suri rumah sepenuh masa dan pelajar wanita yang telah tamat pengajian. Kelas yang dianjurkan sememangnya memberi manfaat kepada mereka kerana dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang jahitan selain merapatkan hubungan sesama mereka. Mereka juga boleh menggunakan apa juga kemahiran yang telah dipelajari untuk menambah pendapatan keluarga.

“Kelas yang dianjurkan sememangnya memberi manfaat kepada mereka kerana dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang jahitan selain merapatkan hubungan sesama mereka.”  
   

Ada juga di antara wanita di sini yang memilih untuk membuka gerai makan dan menawarkan perkhidmatan masakan kampung dan pelbagai jenis juadah. Perniagaan makanan secara kecil-kecilan ini amat menggalakkan bukan sahaja di kalangan orang tempatan tetapi kepada pengunjung yang melalui kawasan Pekan Labis. Ada yang menjadikan perniagaan makanan ini sebagai sumber pendapatan utama untuk membantu meringankan beban suami.

Wanita di sini juga aktif dalam mengikuti kelas agama dan Fardu Ain pada setiap petang Jumaat bermula dari jam 3.00 petang. Ada seorang ustaz yang mengajar kaum wanita di sini dalam kelas agama yang dianjurkan di masjid kampung. Mereka juga akan memenuhi undangan kenduri doa selamat atau kenduri arwah dan sama-sama membacakan surah Yasin di dalam majlis rasmi.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK