Sungai Seakan Tergantung
| |
 |
| |
| Kedudukan Sungai Gatom sebelum simpang masuk ke kampung |
|
enurut sumber anak tempatan yang telah lama menetap di kampung ini, nama kampung ini pada asalnya ialah Sungai Gantung. Terdapat dua buah anak sungai yang bercantum di tengah-tengah kawasan kampung. Bagaimanapun, salah satu daripada dua sungai tersebut seakan tergantung kerana keadaan fizikal tanahnya yang lebih tinggi daripada keadaan tanah sungai yang satu lagi. Rentetan dari peristiwa itu, kampung ini dinamakan Sungai Gantung. Namun akibat arus pembangunan, keadaan kampung telah berubah dan sungai yang tergantung tidak lagi kelihatan. Orang kampung kemudiannya sepakat menamakan kampung ini sebagai Kampung Sungai Gatom selepas itu.
| “…salah satu daripada dua sungai tersebut seakan tergantung kerana keadaan fizikal tanahnya yang lebih tinggi daripada keadaan tanah sungai yang satu lagi.” |
|
| |
|
Adalah dipercayai Kampung Sungai Gatom dibuka pada tahun 1930-an oleh penduduk setempat. Namun, apabila kampung ini telah menjadi markas komunis ketika zaman penjajahan Jepun, pihak kerajaan negeri telah memindahkan seluruh penduduk ke kawasan baru kampung yang berdekatan dengan jalan raya utama.
Pembangunan kampung yang ketara boleh dilihat dari awal penerokaan sehingga kini. Kampung ini telah dianugerahkan sebagai Kampung Gerak Daya Wawasan Negeri Johor. Selain itu, permuafakatan di antara setiap penduduk ditonjolkan lebih-lebih lagi dalam aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan program anak angkat. Hal ini menjadikan kampung ini sebagai salah satu contoh kampung terbaik di Daerah Labis.
|