Mengamalkan Cara Hidup Tradisional
| |
 |
| |
| Pelajar dari seluruh kawasan Labis menyertai sambutan Hari Wesak |
|
ira-kira 800 orang penduduk tinggal di Kampung Sungai Gatom. Kebanyakan penduduk di sini berbangsa Melayu yang beragama Islam di samping segelintir kecil daripadanya adalah orang Cina dan India. Mereka tinggal secara bertaburan dan membuat penempatan secara berderet di lorong-lorong kampung di tanah kepunyaan masing-masing. Rumah-rumah mereka adalah jenis rumah separa batu. Mereka hidup dengan mengamalkan cara hidup orang Melayu seperti mana di kebanyakan kampung-kampung Melayu yang lain.
Penduduk Kampung Sungai Gatom terdiri daripada penduduk yang bekerja sektor awam dan swasta yang terdapat di Pekan Labis dan Bandar Segamat. Ada juga di antara mereka yang menjalankan perniagaan sendiri bagi menampung kehidupan seharian. Terdapat juga beberapa kilang di kawasan Pekan Labis yang memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan untuk menyara kehidupan.
|