Pertanian Memainkan Peranan Penting
| |
 |
| |
| Penoreh getah yang mahir mampu menoreh sebatang pokok tidak lebih dari seminit |
|
ektor pertanian juga memainkan peranan penting dalam membantu pembangunan modal insan penduduk di kampung ini. Aktiviti pertanian jangka panjang seperti tanaman getah dan kelapa sawit sangat aktif. Selain itu, terdapat juga penduduk yang berminat untuk melengkapkan diri dengan tanaman kontan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan seperti jambu batu, nangka, nanas, belimbing dan limau madu. Kesemua aktiviti pertanian yang dijalankan mengikut kesesuaian tanah dan kepakaran pemiliknya.
Di dalam kawasan kampung ini, terdapat sebuah kebun buah-buahan organik yang diusahakan secara sendiri oleh Thian Seng. Beliau mula menceburi bidang tanaman organik ini tiga tahun yang lepas di kawasan tanah milik sendiri. Apa yang menariknya mengenai tanaman organik ini ialah ia menjadikan tanaman lebih subur dan sentiasa mengeluarkan buah sepanjang tahun. Baja organik yang diciptanya sendiri berjaya menyuburkan setiap tanaman yang dicubanya. Letak sahaja apa jua tanaman, pasti akan membuahkan hasil yang tidak mengecewakan. Selain daripada buah-buahan untuk jualan, beliau juga mencuba menanam halia dan lada untuk menguji kesuburan tanaman organik yang diusahakan.
 |
|
| Phua sedang membuka balutan guava organiknya |
|
|
Petua yang diamalkan beliau ialah dengan mengambil sisa air soya yang telah kering dan dijadikan sebagai baja organik. Terdapat beberapa lubang yang digali di sekitar kawasan tanaman untuk diletakkan baja organik. Selain menjimatkan kos untuk baja, kaedah ini juga memudahkan petani untuk mendapatkan hasil tanaman yang menggalakkan. Buahnya yang subur, manis dan besar dijual di pasar sekitar Labis dan Segamat dengan harga yang berpatutan.
|