Melahirkan Pelajar Cemerlang
ika dilihat dari aspek pendidikan, tahap pendidikan penduduk kampung berada dalam keadaan yang baik kerana kebanyakan penduduk mendapat pendidikan yang sempurna. Kebanyakan golongan belia yang ada di sini adalah golongan yang terpelajar dan segelintir anak-anak kampung masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia dan luar negara.
| “Kebanyakan golongan belia yang ada di sini adalah golongan yang terpelajar dan segelintir anak-anak kampung masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia dan luar negara. “ |
|
| |
|
Terdapat beberapa buah tadika disediakan berhampiran dengan Kampung Sungai Gatom. Antaranya ialah Tadika KEMAS Kampung Sungai Gatom, Tadika KEMAS Jalan Muar, Tadika Perpaduan Ladang Sungai Labis dan Tadika Adik Arif. Pendidikan anak-anak perlu bermula dari kecil lagi. Maka, setiap ibu bapa di sini menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan pra sekolah di sekolah tadika yang berhampiran.
Terdapat juga pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah di sini iaitu Sekolah Kebangsaan Labis, Sekolah Kebangsaan Sri Labis, Sekolah Agama Labis, Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin. Terdapat juga dua buah sekolah rendah jenis kebangsaan iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.
Kemudahan pendidikan yang meluas juga meliputi aspek pendidikan tambahan seperti kelas tuisyen, kelas mengaji dan kelas fardu ain. Kesemua ini dilakukan oleh golongan dewasa di kampung yang ingin melihat anak bangsa mereka berjaya dan menjadi seorang yang terpelajar. Bayaran yang dikenakan bagi anak-anak yang ingin mengikuti kelas tambahan sebelum peperiksaan besar dijalankan juga berpatutan. Anak muda yang ada di kampung ini diharapkan dapat menolong membantu keluarga mereka dan memajukan kampung kelak.
|