Air Panas Penawar Penyakit
| |
 |
| |
| Tembok batu kolam air panas berada di simpang masuk ke kawasan tersebut |
|
erhampiran dengan kawasan kampung ini, terdapat sebuah pusat pelancongan iaitu Kolam Air Panas Labis yang menjadi tarikan pengunjung. Kolam air panas ini telah dibuka lebih 12 tahun yang lalu dan telah diselenggarakan oleh Majlis Daerah Labis. Kolam ini telah dirasmikan oleh Datuk Dr Ling Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan Malaysia pada 26 Oktober 1996.
Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini bukan sahaja di kalangan orang setempat malan ada juga pengunjung yang sanggup datang dari Singapura semata-mata untuk mendapatkan khasiat berendam di dalam kolam air panas semula jadi ini. Kandungan kualiti air di dalam kolam utama yang terdapat di sini ialah kalsium, kalium, sodium, klorida, sulfat dan fostat. Selain itu, kolam air panas ini juga dipercayai boleh menyembuhkan penyakit kulit. Tidak kira apa jua keistimewaan kolam ini, namun ia tetap menjadi tarikan pelancong untuk datang dan merasai sendiri keunikan dan keindahan kolam air panas yang terletak di dalam kawasan perkampungan ini.
 |
|
| Pemandangan indah dari kolam air panas yang keadaannya tidak berubah |
|
|
Kolam air panas ini mempunyai segala kemudahan seperti empat buah kolam untuk pengunjung, tandas awam, surau dan juga taman rekreasi yang lengkap dengan peralatan untuk bersenam. Bayaran masuk yang dikenakan untuk setiap pengunjung adalah RM1 seorang dan RM1 untuk kenderaan yang dibawa. Kehangatan air panas di dalam kolam ialah pada suhu 39 darjah celcius pada waktu pagi dan boleh mencecah sehingga 40◦C pada waktu petang. Ia dibuka dari jam 2.00 petang hingga 7.00 malam pada hari biasa dan 9.00 pagi hingga 7.00 malam pada hujung minggu.
|