Kelembutan Pau Puteri
| |
“Pengusaha pau ini memulakan perusahaan membuat pau dengan modal sendiri dan kemudiannya mendapat bantuan mesin potong tepung dan pembahagi tepung daripada Pejabat Pertanian Labis.” |
| |
|
erdapat sebuah perusahaan membuat pau yang sedang meningkat maju di kampung ini. Perusahaan Pau Puteri Labis telah mula bertapak lebih kurang empat tahun lalu dan bergerak secara sendiri di kawasan kampung dan Pekan Labis. Bermula secara kecil-kecilan, kini perusahaan pau tersebut telah mula mendapat perhatian di kalangan penduduk setempat dan pengunjung dari luar kerana kelembutan dan keenakannya. Terdapat pelbagai jenis perisa pau seperti kacang, kelapa, daging dan ayam yang enak dimakan ketika ia masih panas. Harga yang dijual amatlah berpatutan daripada RM0.80 hingga RM1.20 sebiji mengikut perisa pau.
 |
|
| Pengusaha pau menunjukkan mesin pembuat doh |
|
|
Pengusaha pau ini memulakan perusahaan membuat pau dengan modal sendiri dan kemudiannya mendapat bantuan mesin potong tepung dan pembahagi tepung daripada Pejabat Pertanian Labis. Menurut pengusaha pau ini, Mustafa Abdul Rahman, beliau mengeluarkan lebih kurang 400 biji pau setiap hari. Di setiap papan pau, kuantiti maksimum untuk meletakan pau kira-kira 15 biji sebelum dimasak dan 20 biji selepas dimasak. Permintaan yang amat menggalakkan sedikit sebanyak merancakkan perniagaan beliau. Beliau mempunyai dua orang pekerja dan beliau sendiri yang akan menghantar pau yang telah siap ke kawasan jualan di sekitar kampung.
Selain itu, terdapat juga anak kampung yang mengusahakan jualan untuk pasar tani seperti kerisik, tempe dan sayur-sayuran. Perniagaan keluarga ini memang telah lama bertapak di kampung ini dan sering kali mendapat permintaan yang tinggi dari orang kampung. Harga jualan hasil tani adalah sangat berpatutan dan menjadi pilihan orang ramai.
|