Perkhidmatan Kesihatan Meluas
rang kampung tidak perlu gusar jika ingin mendapatkan rawatan kesihatan kerana terdapat beberapa klinik desa dan klinik kesihatan berhampiran kampung. Terdapat sebuah klinik kesihatan di sini iaitu Klinik Kesihatan Labis yang menawarkan perkhidmatan pesakit luar dan pergigian. Selain itu, terdapat juga rawatan pemeriksaan kesihatan bagi sakit jantung, sesak nafas, ibu mengandung, kecederaan parah, keracunan makanan, melecur dan sebagainya. Kesemua perkhidmatan ini disediakan untuk kemudahan orang kampung.
Kedudukan Klinik Kesihatan yang strategik dan senang untuk dijumpai memudahkan orang kampung untuk mendapatkan rawatan. Dengan adanya doktor, pembantu perubatan dan jururawat yang bertugas, kesihatan penduduk kampung lebih terjamin dan terjaga.
|