Kawalan Keselamatan Kampung
spek keselamatan penduduk di kampung ini berada di dalam keadaan yang terkawal. Setiap penduduk sentiasa memastikan keselamatan kampung berada dalam keadaan yang baik. Terdapat sebuah balai polis dan balai bomba berdekatan dengan kampung. Dengan badan keselamatan ini, penduduk kampung hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram.
 |
|
| Bomba turut menjaga keselamatan penduduk di Kampung Sungai Gatom |
|
|
Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) juga diwujudkan di sini untuk membantu meningkatkan keselamatan penduduk. Anggota RELA terdiri daripada anak tempatan, yang sentiasa memastikan tahap keselamatan kampung terkawal. Rondaan secara bergilir-gilir dilakukan pada waktu malam untuk memantau keselamatan penduduk agar terpelihara. Anggota RELA di sini seramai 15 orang. Selain itu, RELA juga bertanggungjawab membantu pihak polis trafik dalam mengawal lalu lintas ketika terdapat sebarang majlis rasmi anjuran kerajaan dan juga memastikan setiap majlis yang dianjurkan berjalan dalam keadaan selamat.
|