Berkerjasama Sesama Penduduk
erdapat beberapa buah kampung berhampiran dengan Kampung Sungai Gatom iaitu Kampung Tenang, gugusan perkampungan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Kampung Juasseh, Kampung Paya Merah dan Kampung Usaha Jaya. Terdapat juga dua buah taman perumahan berhampiran iaitu Taman Wira dan Taman Perling.
Kesemua kampung dan taman ini berdekatan dengan Pekan Labis yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti pejabat pos, bank, pasar raya dan juga klinik kesihatan. Beberapa kedai runcit menjadi tumpuan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya mendapatkan bekalan makanan. Beberapa kedai makanan di kawasan sekitar menjadi medan pertemuan masyarakat sekitar untuk bertanya khabar antara satu sama lain.
Aktiviti kemasyarakatan penduduk dieratkan melalui aktiviti sukan rakyat. Penganjuran sukan rakyat dan sukaneka yang bertempat di Pekan Labis diadakan saban tahun bagi mengeratkan perhubungan sesama penduduk sekitar.
|