Melaksanakan Aktiviti Rakyat

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan di kampung ini untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan kampung sentiasa terjamin. JKKK juga berazam untuk memajukan kampung dan menganjurkan lebih banyak aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang menjamin perpaduan di antara penduduk.

Setiap penduduk memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan apa jua aktiviti yang dirancang dan dianjurkan oleh jawatankuasa ini. Di antara aktiviti wajib yang akan dihadiri oleh semua penduduk ialah aktiviti sukaneka dan sukan rakyat. Mereka akan turut sama memeriahkan aktiviti seperti bermain batu seremban, congkak, tarik tali dan berlari dalam guni.

Selain itu, setiap kali musim kemerdekaan,ahli JKKK tidak pernah lupa untuk menyumbang idea dan keringat bagi menjayakan sambutan tersebut. Semestinya golongan muda merupakan golongan yang paling bersemangat dalam apa jua aktiviti yang direncanakan oleh JKKK ini. Pendedahan kepada generasi muda amat penting supaya mereka mendapat manfaat dalam meneruskan tampuk pimpinan kampung apabila dewasa kelak.

Berikut adalah senarai nama JKKK Sungai Gatom:

Haji Simin Md Jais, Pengerusi, 012- 739 3575
Maskintar Marto, Setiausaha
Haji Muslim Haji Yaakob, Bendahari

 

 

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK