Tanaman Jangka Panjang Diusahakan

B

oleh dikatakan sumber pendapatan penduduk di kampung ini bergantung kepada sektor pertanian iaitu sama ada berkebun mahupun bertani secara persendirian. Terdapat juga penduduk yang bekerja di sektor perkhidmatan awam dan jabatan kerajaan di bandar sekitar. Segelintir penduduk juga lebih suka berusaha sendiri seperti menjalankan perniagaan atau menjaja di sekitar kampung. Bagi mereka yang memiliki ladang kelapa sawit dan ladang getah, mereka lebih cenderung untuk mengusahakan tanaman tersebut sebagai punca rezeki.

Melihatkan keluasan tanaman getah yang terbentang di sepanjang jalan utama sememangnya memberi persepsi kepada anda bahawa tanaman getah merupakan antara sektor ekonomi utama penduduk kampung ini. Ada di antara petani yang bekerja sendiri dan ada juga yang bekerja dengan tuan tanah di ladang-ladang getah ataupun ladang kelapa sawit.

“Tanaman getah merupakan salah satu tanaman utama Kampung Sungai Gatom”

 
   

Selain mengusahakan tanaman jangka panjang, terdapat juga segelintir penduduk kampung yang memilih untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan seperti durian, nangka, cempedak dan rambutan untuk pasaran di kawasan kampung.

Setiap kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh penduduk mendapat sokongan dan bantuan daripada kerajaan setempat. Kerajaan begitu prihatin terhadap apa jua permasalahan yang melibatkan penduduk dan memberi khidmat nasihat dalam sudut pertanian, perniagaan dan perusahaan yang dijalankan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK